Katering Murah untuk Pakej Perkahwinan 2013


Assalamualaikum wbt….

D’Qayangan Catering kini memperkenalkan pakej katering murah 2013 kami yang hanya bermula dari RM6.90  RM5.90*/pax sahaja. Harga biasa pakej ini adalah RM6.90. Sesuai untuk mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan 2013 atau hujung tahun 2012 ini. Untuk pakej katering murah ini kami menyediakan dua pilihan. Pilih sama ada mahukan menu asas atau pun menu kampung.

Untuk menu asas, pelanggan boleh memilih samada mahukan nasi beriani atau nasi minyak atau nasi tomato atau nasi hujan panas. Kami memberikan banyak pilihan kepada pelnggan kami berbanding dengan katerer lain di luar sana. Ini kerana tukang masak kami berpengalaman luas di dalam penyediaan pelbagai jenis makanan. Di bantu dengan tenaga kerja terlatih yang di ketuai oleh Puan Juraini, Insya Allah majlis pelanggan-pelanggan akna berjalan dengan lancar dan sempurna.

Untuk lauk  menu asas, pelanggan boleh memilih seleksi menu ayam samada mahukan ayam masak merah atau ayam kurma atau ayam goreng berempah. Bagi lauk daging, pelanggan boleh memilih samada mahukan daging beriani atau daging hitam ataupon daging kurma.

Pakej katering murah ini tidak lengkap juadah tanpa sayur-sayuran. Jadi kami sediakan pilihan untuk memilih samada acar buah atau dalca sayur atau jelatah. Juga kami sediakan Papadom, pencuci mulut seperti buah-buahan dan kuih manis dan kuih pedas.  Selain dari Air kordial kami juga menyediakan Teh Tarik.

Bagi Menu Masakan Kampung, kami menghidangkan nasi putih dengan lauk ayam untuk dipilih seperti ayam goreng berempah atau kari ayam atau pun ayam kurma. Juga Gulai kampung yang menjadi kegemaran ramai adalah gulai nangka lemak cili padi dan gulai ikan masin nenas untuk dipilih. Pilihan menu Ikan yang terdiri daripada Ikan Asam Tumis atau Ikan goreng atau Ikan sambal atai kari ikan yang pasti menambat selera. Juga seleksi lauk daging seperti daging masak lemak atau daging kicap atau kari daging untuk dipilih.

Katering masakan kampung tidak lengkap tanpa ulam-ulaman dan belacan. Buah-buahan untuk pencuci mulut beserta kuih manis dan kuih pedas. Air kordial dan teh tarik untuk minuman.

Amacam? banyakkan menu yang di dapati dengan pakej katering murah ni kan?

Bukan itu sahaja. Kami juga menyediakan pengangkutan PERCUMA di sekitar lembah klang.  Tidak kira menu mana yang anda pilih, D’Qayangan Catering akan memastikan pilihan anda memilih kami adalah sesuatu yang berbaloi dengan nilai wang anda.  Hubungi kami sekarang 017-344 6962 atau 010-238 1659 untuk promosi pakej katering murah RM5.90*/pax ini sementara tawaran masih ada.

*minimum untuk 1000pax

pakej katering murah

 

Tags:

15 Responses to “Katering Murah untuk Pakej Perkahwinan 2013”

  1. zarith Says:

    salam, saya zarith.. boleh saya tahu harga untuk 500 pax tetamu bermula dari berapa? saya dari apartment saujana damansara damai… dewan tak besar dan saya ingin tahu sama ada pihak katering encik ada sediakan perkhidmatan sewa kerusi meja dan alas meja… berapa harga boleh saya tahu… saya akan berkahwin bulan 7 nanti… terima kasih

  2. aisyah Says:

    berpa harga untuk kedua-dua pakej bagi jumlah tempah untuk 300-500 org?boleh tak bagi harga sama dgn tempah 1000pax?

  3. mohd fadhli Says:

    aslkm.trima X katering utk 350 org utk majlis nikah area matang pagar sg buloh selangor.menu asas.majlis 16/3/2013.brape caj ye?wslam

  4. aini Says:

    salam. nak tanya, if menu kampung untuk 300pax + kanopi, meja+kerusi, pinggan+sudu garfu+gelas semua brp?

    aini, puchong prima
    0125819903

  5. aidil Says:

    assalam
    saya berminat dengan menu kampung tu
    tapi katakan saya nak tempah untuk 500-600 orang je boleh x?
    rumah saya kt bandar enstek , negeri sembilan so caj penghantaran macam mana ye?
    ada pakej kanopi sekali x?
    terima kasih

  6. Basyaniza Says:

    Salam, untuk menu kampung price valid smp bila ye? tq

  7. mizu Says:

    Saya nak buat majlis kecil pertunangan untuk 60 pax sahaja pada 25/05/2013.
    Boleh saya dapat quotation untuk menu asas. lokasi saya di Seksyen U10, Shah Alam.

  8. Myra Says:

    Assalamualaikum,

    Saya Myra owner of Pak Long | Wedding Decorator.

    Saya mempunyai seorang customer mempunyai bajet yg kecil untuk catering + kanopi iaitu cuma RM6k shj untuk 500pax. Majlis akan berlangsung di Hulu Langat, Selangor pada November ini. Dan customer request untuk makanan ala kampung – bukan nasi beriani/tomato/minyak. Agak-agak boleh x dpt catering + canopy dgn harga yg berkenaan? Maaf :'(

    Terima kasih

  9. hariz Says:

    saya nk buat mjlis prkhwinan pd thn 2014 sblm bln ramadhan di kwsn rumah..boleh bg quotation di emel sy utk pakej catering dan hiasan pd khemah dan mknan pngntin..mkn beradab.. ziscosadeath0@yahoo.com

  10. zuraini mohamad Says:

    sekiranya majilis dalam 500-600 orang berapa harga/pax?

  11. nanie Says:

    As slm.. Jemputan kami utk 500 org shj. Blh ke dpt hrga yg same?

  12. hasmah Says:

    saya sedang mencari pakej katering untuk majlis perkahwinan adik saya bulan disember tahun ini.boleh saya dapatkan quotation untuk jemputan 500-600pax.terima kasih

  13. Ilahumaira Says:

    Asslamualaikum . saya nk bt bt kenduri walimatul urus ,pada 23/11/2013 .Boleh saya dapatkan quatation untuk menu kampung untk 1000 pax . Lokasi saya di puchong .

  14. kusma Says:

    Salam. Sy akan mengadakan majlis pernikahan. Sy memerlukan sebut harga utk menu asas bg 450 pax,kanopi, kerusi, meja, pramusaji, hidangan buffet. Sy harap pihak puan/tuan dpt memberi respon dgn segera.

  15. lysaa arissa Says:

    saya nk buat majlis perkahwinan dalam 1000 pax…saya ingin kan masakan kampung…sila beri quotation pada saya.

Leave a Reply